Wednesday, March 23, 2011

Busuk!

Habis sepuntung rokok disedutnya lalu memadamkan sisa-sisa bara api yang masih menyala dan terus membuangnya. Fuuhh! Lega rasanya dapat melepaskan penat lelah dengan menghisap rokok (i don't smoke ok! juz making a story..huhu and i'm not encouraging u guyz to do that! =P ). Namun, rasa ke'tidak puas'an hati masih terbuku di dalam hati Amar.

"Dah la tak dapat nak enjoy bercuti, tak pasal pulak aku kena kerja OT. Bos punye la kedekut pulak tu nak naikkan gaji. Demm!!" rungut Amar.
1 Mei. Hari Pekerja. Siapa yang tak nak cuti kan, lebih-lebih lagi cuti yang sememangnya khas untuk kita. Malang, majikannya  telah mengarahnya datang pejabat bagi menyiapkan semua kerja yang perlu dihantar pada hari itu juga. Tension~

Jam tepat menunjukkan 12.00 tengah malam. Amar memandu keretanya segera keluar dari perkarangan pejabatnya.
"Dah mengantuk sangat ni. Baik aku ikut jalan shortcut, cepat sikit sampai rumah," kata Amar seorang diri.

Jalan yang dilalui Amar hanya diterangi cahaya bulan dan lampu keretanya sahaja. Amar begitu asyik memandu keretanya. Tiba-tiba, muncul kelibat seorang wanita tua sedang berjalan di tepi jalan raya.

"Siapa la pulak yang jalan tengah malam buta ni?" soal Amar pada diri sendiri.

Dengan tidak sengaja, Amar mendekati dan memberhentikan keretanya di sebelah nenek tua untuk memberi tumpang. Dia membuka cermin tingkap.


"Nenek nak pergi mana ni? Meh la saya tumpangkan," tanya Amar pada nenek tua.
"Nek nak balik rumah, kat depan sana tu je. Terima kasih, cu," jawab nenek tua. Nenek tua itu pun masuk ke dalam kereta setelah pintu dibukakan oleh Amar.
"Rumah nenek kat mana? Nanti sampai, nenek tunjukkan la ye," kata Amar.
"Depan sana. Sikit je lagi," balas nenek tua itu.
"Mana rumahnye ni? Depan.. Depan.. Tak de pun. Semak samun je ade la," bisik Amar dalam hati.

Setelah 15 minit perjalanan, mereka melintas kawasan perkuburan Cina. Tiba-tiba, terbit satu bau yang busuk dan kurang menyenangkan.
"Ah, sudah..... Bau busuk ape pulak ni? Yang aku gatal sangat tumpangkan orang tak kenal ni apesal..." bisik Amar dalam hati.
Amar menguatkan lagi bau pewangi kereta AmbiPur, tetapi masih tidak dapat menandingi bau busuk itu. Amar menjeling ke arah nenek tua di sebelahnya. Nenek tua itu hanya tersengih lebar, wajahnya berubah semakin buruk.
Bau busuk itu bertambah kuat apabila mereka melintas kawasan perkuburan Islam yang bersebelahan kubur Cina.
"Nek, bau ape yang busuk sangat ni?" soal Amar. "Ish! Macam mane boleh terlepas cakap pulak mulut aku ni!" marah Amar pada diri sendiri.

Nenek tua itu ketawa sendirian, semakin lama semakin bertambah nyaring tawanya. Wajahnya yang berkedut-kedut, semakin bertambah kedutnya. Memang menakutkan. Amar begitu cemas sekali. Dia hanya mampu membaca ayat-ayat suci di dalam hati.
"Maaf la ye, cu. Nenek makan banyak sangat kat kenduri tadi. Tak tahan sangat, terlepas pulak kat sini. Hehehe..." jawab nenek tua itu.
Prooottt...!

2 comments: